Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
200) PUSAT KOMUNITI WANITA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah penubuhan PKW berjaya memperkasakan ekonomi golongan wanita di Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Bernam, Pusat Komuniti Wanita (PKW) telah melalui proses penjenamaan semula kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) pada tahun 2011. PWB telah banyak membantu kaum wanita di Negeri Selangor melalui latihan kemahiran dan bimbingan asas (soft skills) daripada program-program PWB DUN yang dilaksanakan. Menerusi program-program tersebut, kebanyakan wanita yang terlibat secara langsung dengan PWB ini mampu berdikari sendiri dalam meningkatkan ekonomi hidup masing-masing. Disamping itu, wanita-wanita ini juga telah berjaya menjadi usahawanita yang dapat menghasilkan produk dan dapat kita lihat produk-produk mereka ini dipamerkan dan dijual semasa Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) dan Tanjung Suri anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama beberapa Jabatan/ Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bermula tahun 2020 sehingga 2021.
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2019 hingga kini bagi melaksanakan PKW?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3,000,000.00 setiap tahun bagi pelaksanaan program-program PWB. Berikut adalah jumlah perbelanjaan peruntukan mengikut tahun mulai tahun 2019 sehingga November 2021 :
Tahun Jumlah Peruntukan Jumlah Perbelanjaan Jumlah Baki 2019 RM3,000,000.00 RM2,728,470.00 RM271,530.00 2020 RM3,000,000.00 RM2,059,677.70 RM940,322.30 2021 (Jan – 24 Nov) RM3,000,000.00 RM1,000,735.89 RM1,999,264.11 Sumber : UPEN Selangor & Wanita Berdaya Selangor (WBS)