Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
8) PUSAT KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pusat kitar semula dan pusat pengumpulan e-waste yang terdapat di Negeri Selangor, khususnya di DUN Bukit Lanjan? Sila nyatakan senarai lokasi pusat-pusat ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kawasan Petaling Jaya, terdapat 12 buah Pusat Kitar Semula (PKS) dan 10 daripadanya ada menyediakan kemudahan pengumpulan e-waste seperti berikut:
BIL. NAMA PUSAT KITAR SEMULA PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE KAWASAN DUN BUKIT LANJAN 1. PJ Eco Recycling Plaza (DTRC), No. 1A, Jalan SS8/39, Petaling Jaya √ √ 2. Pusat Kitar Semula Desa Mentari Blok 3, Desa Mentari, Jalan PJS 5/12
46150 Petaling Jaya
√ 3. Pusat Kitar Semula Taman Jaya, Tasik Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya √ 4. Pusat Kitar Semula (DTRC) @ The Spine The Spine @ PJKita Community and Business Centre Kelana Jaya, Jalan Stadium
SS7/15, SS7, 47301 Petaling Jaya
√ √ 5. IPC Recycling & Buy Back Centre IPC Shopping Centre (LG Lobby Drive Thru)
√ √ √ 6. Tzu Chi Chempaka Recycling Centre PJU1/27, 47301 Petaling Jaya
√ √ 7. Tzu Chi PJ Old Town Recycling Centre 45, Jalan 1/4, 46000 PJ Old Town, Petaling Jaya
√ √ 8. Tzu Chi Kayu Ara Recycling Education Centre, 39, Jalan PJU 6a/3, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya √ √ 9. Tzu Chi Sri Damansara Recycling Centre 1, Jalan Margosa SD 10/4C, Bandar Sri Damansara
√ √ √ 10. Tzu Chi Mayang Jaya Recycling Centre Jalan SS26/12 Taman Mayang Jaya
47301 Petaling Jaya
√ √ 11. Tzu Chi SS3 Recycling Centre √ √ 12. Tzu Chi Saujana Damansara Recycling Centre Taman Bayu Damansara 47830 Petaling Jaya
√ √ √ JUMLAH 12 10 3 Bagi kawasan DUN Bukit Lanjan, terdapat 3 Pusat Kitar Semula (PKS) yang turut mengurus dan menerima sisa buangan E-waste seperti berikut:
- IPC Recycling & Buy Back Centre, IPC Shopping Centre (LG Lobby Drive Thru);
- Tzu Chi Sri Damansara Recycling Centre; dan
- Tzu Chi Saujana Damansara Recycling Centre.
-
Adakah cadangan pihak kerajaan untuk mengadakan "Drive Thru Recycling Centre" di kawasan DUN Bukit Lanjan?
Setakat ini, bagi kawasan DUN Bukit Lanjan, terdapat 1 “Drive Thru Recycling Centre” (DTRC) iaitu di IPC Recycling & Buy Back Centre, IPC Shopping Centre (LG Lobby Drive Thru).
Bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran awam berkaitan pengurusan e-waste, MBPJ telah melaksanakan Program Kutipan Kitar Semula Pintu ke Pintu bersama rakan strategik iaitu tetuan Nestlé Products Sdn. Bhd. dan tetuan KPT Recycle Sdn. Bhd. yang melibatkan sebanyak 72,684 unit kediaman bertanah. Program ini juga meliputi kawasan DUN Bukit Lanjan di mana sebanyak 4,723 unit kediaman bertanah.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula dan pengurusan e-waste?
Pada 11 Julai 2024, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah melancarkan Program Pengurusan dan Pengutipan Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Negeri Selangor yang bertujuan untuk mempergiatkan kempen dan meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan e-waste yang lestari serta menggalakkan ekonomi kitaran bagi peralatan elektrik dan elektronik. Program ini merupakan salah satu daripada usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu orang awam melupuskan e-waste isi rumah dengan betul dan dalam masa yang sama mempromosikan pelupusan secara mesra alam agar e-waste tidak dibuang ke tapak pelupusan sampah. Program pengurusan e-waste secara menyeluruh ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat ERTH, (sebuah organisasi pengumpulan e-waste yang sah) bersama Maxis Berhad dengan memberikan perkhidmatan secara Door To Door kepada pengguna yang ingin menghantar sisa elektrik dan elektronik ke tempat pengumpulan yang sah dengan mengakses kepada sistem online.
Bagi memastikan pengurusan e-waste di Negeri Selangor lebih teratur dan bersih, Kerajaan Negeri akan membuat hebahan secara meluas
di semua platform hebahan seperti media cetak dan elektronik, media sosial, billboard, poster, kaunter e-waste bergerak dan lain-lain.Antara program-program kesedaran yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:
- Memperbanyakkan Pusat Kitar Semula E-Waste di kawasan-kawasan awam bagi memudahkan akses masyakat kepada fasiliti ini;
- Menganjurkan Program Kitar Semula bagi Pengumpulan Barangan Terpakai dan E-Waste pada setiap bulan;
- Membuat hebahan kempen dan promosi bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna berkaitan kaedah pengurusan E-waste mengikut tatacara yang betul;
- Melaporkan data kutipan E-waste setiap bulan di portal PBT bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai pengurusan e-waste.