Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
215) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KERAJAAN NEGERI DI KAWASAN PEMBANGKANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Pusat Khidmat Masyarakat yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri (menggunakan lambang Kerajaan Negeri) di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang?
-
Berapakah jumlah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tahun lalu untuk membiayai pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat Berkenaan termasuk petugas-petugasnya?
-
Berapakah pula jumlah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pengurusan pusat berkenaan pada tahun ini?