Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
34) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menaikkan elaun / gaji bagi pegawai yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat?
Sebagai makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan mengkaji pelarasan gaji bagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat seluruh Selangor yang akan dilihat bersekali dengan jawatan-jawatan setara yang lain.
-
Adakah ada perancangan untuk menambah bilangan staff pusat khidmat masyarakat?
Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan bilangan staf Pusat Khidmat Masyarakat seramai empat (4) orang bagi setiap Dewan Negeri dan tiada perancangan untuk membuat sebarang pertambahan bilangan staf yang berkaitan.