Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
332) PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk mengoperasikan OSCC dari Tahun 2013 hingga kini
Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kes-kes keganasan yang sering menimpa terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, setiap tahun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50,000.00 bagi melaksanakan program-program di bawah OSCC. Semenjak tahun 2013 hingga kini (setakat Mac 2016) sejumlah RM97,600.00 telah dibelanjakan bagi urusan pelaksanaan program-program di bawah OSCC.
-
Nyatakan jumlah peruntukan kewangan yang telah diberikan kepada NGONGO yang menjalankan projek kempen kesedaran OSCC melalui pejabat EXCO mengikut setiap NGO yang terlibat
Pada pembentangan Belanjawan 2016 Negeri Selangor dengan tema “Membangun Smart Selangor Yang Peduli”, dalam Strategi Kelima : Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif, YAB Menteri Besar Selangor telah memperuntukan sebanyak RM50,000.00 bagi membantu mangsa keganasan domestik. Dana ini adalah untuk NGO yang menyediakan khidmat crisis intervention serta program kesedaran awam untuk melindungi wanita dan kanak-kanak. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum lagi menerima sebarang kertas cadangan berhubung perkara ini. Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO yang berhasrat untuk mengadakan program tersebut secara usahasama.