Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
121) PUSAT KESIHATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009
- Bagi tahun 2009, jumlah kedatangan pelanggan ke Klinik Kesihatan Ampang adalah seramai 160,270 kedatangan. Statistik kedatangan atan beban kerja Klinik Kesihatan Ampang mengikut kategori perkhidmatan yang disediakan adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
Statistik Kedatangan Pelanggan ke KK Ampang Mengikut Kategori Perkhidmatan/ Aktiviti yang diberikan bagi tahun 2009 dan bagi tempoh Jan – Sept 2010.
Bil Aktiviti Tahun 2009 Jan – Sept 2010 1 Kedatangan kanak-kanak 0-1 thn 18,418 15,866 2 Kedatangan kanak-kanak 1-4 thn 10,388 7,250 3 Kedatangan kanak-kanak 5-6 thn 817 987 4 Kedatangan ibu mengandung 22,022 17,298 5 Kedatangan Postnatal 1,727 1,830 6 Kedatangan Perancang Keluarga 1,239 1,331 7 Kedatangan Pap Smear 339 335 8 Kedatangan Pesakit Luar 92,602 86,761 9 Kedatangan Pesakit Diabetes 12,718 8,632 JUMLAH KEDATANGAN 160,270 140,290 -
Apakah tindakan atau perancangan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik terutama nya menangani masalah deman denggi dan batuk kering yang sedang berleluasa sekarang ini di Kawasan Ampang khususnya?
- Antara tindakan yang telah dan sedang dijalankan adalah:
i) Meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti dan institusi dengan:
- Menjalankan minggu kesedaran TB pada April 2010
- Menjalankan aktiviti promosi kesihatan kepada majikan dan pekerja asing
- Memberi latihan kepada penjaga institusi jagaan dalam pengesanan awal, rawatan, DOT dan aktiviti kawalan dan pencegahan
- Latihan kepada warden penjara
- Menyediakan risalah-risalah TB, ‘TB Alert Card’, ‘Bunting’ TB
- Mengedarkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan TB ke sekolah dan tempat awam
- ii) Meningkatkan saringan TB melalui beberapa aktiviti seperti:
- Saringan pesakit luar bersimptomatik (batuk lebih 2 minggu)
- Saringan pesakit bersimptom yang ada ko-morbiditi (diabetes, kegagalan buah pinggang, kanser, pesakit mengambil steroid dalam tempoh panjang dll)
- Saringan TB pekerja warga Negara asing melalui FOMEMA
- Saringan TB bagi semua banduan baru (100%)
- Saringan TB (simptom atau kahak) semasa program kem-kem kesihatan di seluruh daerah
- Memperkenalkan ‘home-base-sputum collection’ bagi kontak bermasalah hadir ke klinik menjalani ujian saringan tetapi bersimtomatik
iii) Memperkukuhkan pengurusan kes dan kontak. Setiap kes batuk kering/ tuberkulosis/ TB yang disahkan wajib dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Semua kes yang dinotifikasi akan disiasat oleh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak terdekat kepada kes, termasuk kontak seisi rumah dan tempat kerja. Semua kontak akan diarahkan menjalani ujian saringan TB (menggunakan dokumen TBIS 10C1 – Notis Menjalani Ujian Saringan TB Bagi Kontak). Semua kes TB dirawat akan dimonitor sepenuhnya sehingga sembuh/ tamat rawatan menggunakan Sistem Maklumat TB Kebangsaan (TBIS) secara manual dan on-line (MyTB). Semua kes dan kontak yang cicir rawatan atau gagal hadir saringan akan dikesan semula apabila menerima dokumen TBIS 10D (‘Defaulter’).
Desentralisasi program kawalan TB dengan membuka lebih banyak pusat rawatan yang mampu mendiagnosis, memulakan rawatan, membuat rawatan ulangan dan menamatkan rawatan (PR1). Klinik Dada Pediatrik telah dibuka sejak September di Hospital Ampang dan Klinik Kesihatan Semenyih telah pun memulakan aktiviti sejak Mac 2010. Sehingga Oktober terdapat 7 buah PR1: Klinik Dada Hospital Kajang, Klinik Dada Pediatrik Hospital Ampang, Klinik Kesihatan (KK) Ampang, KK Bangi, KK Kajang, KK Cheras Bt 9 dan KK Semenyih. Selain itu KK Beranang dan KK Cheras Bt 14 merupakan PR2 (boleh membuat diagnosis dan menyambung rawatan sahaja). Lawatan penyeliaan dan audit juga telah dijalankan ke hospital swasta yang menjalankan rawatan TB bersama
Unit TB negeri bagi menyelaraskan aktiviti dan memastikan standard rawatan dipatuhi.
- Memperkukuhkan aktiviti survelan dan penyiasatan. Pengelola TB Daerah telah ditubuhkan dan distrukturkan semula bagi mengawal selia semua aktiviti di bawah Program Kawalan TB Kebangsaan. Bilangan anggota Pegawai Penyiasat telah ditambah daripada seorang kepada 3 orang pada Oktober 2010. Operasi bersepadu bagi menyiasat dan menjalankan pengesanan kontak telah disempurnakan dalam tempoh sebulan termasuk Sabtu dan Ahad antara 4 hingga 29hb September 2010. Ini dibantu oleh anggota dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dan Pejabat Kesihatan KLIA. Impak aktiviti dipantau melalui sistem e-notis dan MyTB oleh Unit TB, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
- Mobilisasi ‘stakeholders’ Mukim Ampang. Mengadakan lawatan, penyeliaan, mesyuarat dan perbincangan bersama ‘stakeholders’ Mukim Ampang bagi membincangkan isu, masalah dan kaedah penyelesaian terbaik dalam pengurusan Program Kawalan TB. Aktiviti telah dijalankan pada 14hb April 2010 (penyeliaan hospital dan klinik), 7hb Julai 2010 (perbincangan penyusunan semula program kawalan TB Mukim Ampang) dan 19hb Ogos 2010 (taklimat kepada Jabatan Pediatrik bagi membuka Klinik Dada Pediatrik Hospital Ampang).
Tindakan kawalan denggi
- Pengendalian pesakit denggi yang lebih efektif dengan latihan teknikal berkala untuk pengamal perubatan di klinik & hospital kerajaan & swasta.
- Mempertingkatkan mobilisasi masyarakat melalui aktiviti seperti gotong royong, Kempen ’10 minit Seminggu’ dan Combi (‘Communication for Behavioral Impact’) untuk memastikan kebersihan rumah dan alam sekeliling untuk mencegah daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
- Mengaktifkan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah supaya langkah pencegahan & kawalan denggi dapat diselaraskan di antara agensi-agensi kerajaan/ swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (‘NGO’).
- Penguatkuasaan undang-undang seperti kompaun minima RM 500 dan ‘stop work order’ kalau pembiakan nyamuk Aedes dikesan dalam kawasan rumah atau tapak pembinaan.