Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

218) PUSAT KESIHATAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peruntukan yang disalurkan bagi setiap Pusat Kesihatan di setiap daerah di Selangor?

    1. Agihan peruntukan di bawah aktiviti 020200 telah disalurkan ke semua PKD di Selangor pada awal tahun 2018 seperti maklumat di bawah:

     

    1. PKD Petaling : RM4,050,000.00
    2. PKD Gombak : RM3,195,000.00
    • PKD Hulu Langat : RM4,150,000.00
    1. PKD Klang : RM3,260,000.00
    2. PKD Kuala Selangor : RM1,800,000.00
    3. PKD Kuala Langat : RM1,660,000.00
    • PKD Hulu Selangor : RM1,640,000.00
    • PKD Sabak Bernam : RM1,430,000.00
    1. PKD Sepang : RM1,500,000.00
    2. JUMLAH : RM22,685,000.00
  2. Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan bagi menaiktaraf Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Desa di kawasan Dun Semenyih?

    Di dalam kawasan N24 Semenyih terdapat 3 buah Klinik Kesihatan dan 6 buah Klinik Desa. Usaha-usaha yang telah dan akan diambil tindakan di dalam menaiktaraf fasiliti-fasiliti kesihatan adalah seperti berikut:

    • Klinik Kesihatan Beranang dan Semenyih merupakan sebuah klinik kesihatan jenis “Bettle”. Pihak PKD Hulu Langat telah memohon untuk menaiktaraf kepada klinik kesihatan jenis 3, bersama kuarters di dalam RMK 11 ROP 4 dan keputusan permohonan tersebut belum dapat diketahui lagi.
    • Bagi Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra tiada cadangan untuk menaiktaraf klinik kerana klinik tersebut merupakan klinik kesihatan baru jenis
    • Manakala Klinik Desa dan Klinik 1Malaysia Rinching Tengah, pihak PKD Hulu Langat ada memohon untuk menaiktaraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 3 atau 4.
    • Bagi Klinik Desa Sesapan Batu Minangkabau, Klinik Desa Broga dan Klinik Desa Rinching Hilir tiada perancangan untuk menaiktaraf kerana kedatangan pesakit sangat kurang (< 30 orang sehari).
    • Bagi Klinik Desa Sg Lalang dan Klinik Desa Bangi Lama dalam perancangan untuk menaiktaraf kepada Klinik Desa Jenis 2G tetapi tanah yang sediada tidak mencukupi untuk membina klinik

Lampiran

Tiada Lampiran.