Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

312) PUSAT KEBUDAYAAN TIONGHUA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru pembinaan Pusat Kebudayaan Tionghua

    Dari segi latar belakang mengenai pembinaan Pusat Kebudayaan Tionghoa, satu pameran yang telah diadakan di Pusat Membeli Belah AEON Bukit Raja, Bandar Baru Klang pada 27 Jun hingga 1 Julai 2012 telah mempamerkan cadangan pembinaan Pusat Kebudayaan Melayu, Tionghoa dan India bersama-sama dengan pameran Pelan Induk Perancangan Pembangunan Sungai Klang.

    Kerajaan Negeri pada waktu itu meneliti dan memperhalus segenap aspek bagi memastikan penubuhan projek ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya kepada penggiat-penggiat seni di Negeri Selangor. Konsep dan pengisian juga merupakan salah satu aspek yang dikaji bagi menjadikan Pusat Kebudayaan Melayu, Tionghoa dan India ini menepati objektif pembangunan. Walau bagaimanapun, oleh sebab ketiadaan pelan tindakan yang komprehensif telah mengakibatkan projek ini tertangguh.

    Perancangan asal adalah supaya pembangunan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan Negeri Selangor ini adalah selari dengan pengumuman pakej rangsangan pembangunan Sungai Klang yang akan menempatkan Pusat- pusat Kebudayaan Negeri Selangor ini di sepanjang Sungai Klang. Pembangunan Sungai Klang yang dijangka akan mengambil masa sekitar 30 tahun turut dijangka akan menelan belanja sebanyak RM70bilion. Memandangkan kos pembangunan yang begitu besar, Kerajaan Negeri harus meneliti perkara-perkara teknikal supaya perancangan dan pemajuan ini dapat berjalan lancar dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan stakeholders yang berkenaan.

    Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran yang baru walau bagaimanapun masih komited dan akan meneliti semula pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan untuk memastikan objektif dan hasrat mewujudkan pusat kebudayaan ini tercapai. Namun demikian, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak dapat menjangkakan tarikh pembinaan dan pembukaan Pusat Kebudayaan Negeri. Pembinaan Pusat Kebudayaan ini akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas satu (1) pelan tindakan pembangunan yang baru dihasilkan.

  2. Bilakah pembinaan pusat kebudayaan ini boleh bermula?

    Sama seperti SUB (A)

  3. Bilakah pusat kebudayaan ini dijangka siap?

    Sama seperti SUB (A &B)

Lampiran

Tiada Lampiran.