Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
55) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU,CINA DAN INDIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah Pusat Kebudayaan tersebut akan dibina?
Cadangan mewujudkan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India adalah untuk memaparkan rakyat Selangor yang berbilang kaum, bangsa dan keturunan dengan pelbagai budaya dan kepercayaan.
Setelah kajian dilakukan dengan mendalam, kerajaan negeri bercadang membian ketiga-tiga pusat di sepanjang Sungai Klang sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri membersih dan mencantikkan Sungai Klang sehingga boleh menjadi kawasan tarikan pelancongan.
Walau bagaimanapun, memandangkan Kerajaan Persekutuan juga sedang dalam usaha membersihkan sungai melalui ‘Greater KL’ dan ‘River of Life’ maka Kerajaan Negeri berpandangan pembersihan Sungai Klang elok diadakan bersekali dengan Kerajaan Persekutuan. Proses ini juga telah menangguhkan hasrat kita untuk membina ketiga-tiga Pusat Kebudayaan yang dirancang.
Kerajaan Negeri juga masih lagi belum memuktamadkan jumlah peruntukan yang akan diberi bagi pembinaan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan tersebut.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan perancangan pembinaan Pusat Kebudayaan tersebut masih gagal dilaksanakan?
Sama seperti di SUB (a)
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang akan disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan berapakah anggaran kos pembinaan Pusat Kebudayaan tersebut?
Sama seperti di SUB (a)