Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
159) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?
Peringkat awal, hanya Pusat Kebudayaan Cina yang dibincangkan yang diluluskan dalam MMKN yang bersidang pada 30 November 2005 di mana pembinaan tersebut dilakukan di atas beberapa lot tanah di mukim Kapar, klang.
Setelah Pakatan Rakyat diberi mandat pada tahun 2008, Ahli MMKN yang bermesyuarat pada 2 April 2008 telah memulakan perbincangan projek Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor di atas tapak tersebut bagi menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan status tanah dan lain-lain.
Walaupun keputusan MMKN 321/21/2009 telah menimbang dan menangguhkan mengenai cadangan tersebut untuk dibincangkan semula oleh beberapa Ahli MMKN iaitu di bawah Pengendalian YB Kinrara, YB Sri Andalas, YB
Pandamaran dan YB Bukit Lanjan termasuk mewujudkan Pusat Kebudayaan
India juga.
Selaras dengan Projek Pembangunan Sungai Kelang tanpa mengganggu rancangan untuk mewujudkan Pusat Kebudayaan Cina, secara dasarnya, Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan untuk membina bukan sahaja Pusat Kebudayaan Cina dan India, tetapi Pusat Kebudayaan Melayu juga di cadangkan secara lokasi yang berasingan.
Pada September 2011, ketiga-tiga isu Pembangunan kebudayaan ini telah dipertanggungjawabkan kepada saya selaku Pengerusi JK Tetap Kebudayaan untuk membuat dan mengetuai penyelarasan bersama di antara tiga Ahli MMKN yang dipertanggungjawabkan yang mana YB Batu Tiga menyelaras pembangunan Pusat Kebudayaan Melayu, YB Bukit Lanjan dan YB Kinrara menyelaras Pusat Kebudayaan Cina serta YB Seri Andalas untuk menyelaras Pusat Kebudayaan India.
Rasional di sebalik pengasingan ketiga-tiga pusat kebudayaan ini adalah supaya kelancaran proses perancangan dan pembangunan dan penggunaan boleh diteruskan tanpa menunggu pembangunan pusat kebudayaan yang lain (Tidak perlu serentak).
Pengasingan ketiga-tiga pusat kebudayaan ini juga bertujuan bagi mengekalkan ciri-ciri keaslian sesuatu pusat kebudayaan tersebut dan tidak bersifat campuran seperti mana yang dilihat pada keputusan awal berkenaan pusat kebudayaan bilamana diletakkan di lokasi yang sama.
Penelitian akan dibuat berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh ketigatiga Ahli MMKN yang bertanggungjawab dan juga cadangan daripada pihak perunding yang memantau Pembangunan Sungai Kelang. Beberapa tapak cadangan di sepanjang Sungai Kelang telah diutarakan bagi pembangunan ketiga-tiga pusat kebudayaan serta dibincangkan dan dibentangkan di dalam kepada Ahil MMKN.