Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

13) PUSAT KEBUDAYAAN CINA SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini Projek Pusat Kebudayaan Cina Selangor?

    Pembinaan  Pusat  Kebudayaan  Cina  Selangor  adalah  masih  mengikut  perancangan  asal. Ketika ini, Kerajaan Negeri hanya menunggu pelan reka bentuk keseluruhan kawasan dimuktamadkan. Dijangkakan upacara dan proses pecah tanah akan dilaksanakan pada tahun 2011 ini manakala pembangunan kawasan akan bermula pada tahun 2012.

  2. Berapakah jumlah peruntukan telah disalurkan ke atas projek ini?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum menyalurkan sebarang peruntukan terhadap projek berkenaan berikutan pelan reka bentuk keseluruhan kawasan masih belum dimuktamadkan. Kos projek hanya akan diketahui selepas semua butiran terperinci berhubung pelan pembangunan kawasan berkenaan dikemukakan.

  3. Di mana letaknya tapak Pusat Kebudayaan Cina Selangor?

    Setakat ini, tapak  yang  telah  dipersetujui  di  peringkat  Jawatankuasa  ialah  di  bandar Klang iaitu di sekitar pesisir Sungai Klang. Ini adalah selaras dengan rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi membangun dan menjadikan Sungai Klang sebagai pusat pembangunan ekonomi, rekreasi dan tarikan pelancong.

Lampiran

Tiada Lampiran.