Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?

    Di dalam melaksanakan agenda bagi mengukuhkan kebudayaan di Negeri Selangor ini, Kerajaan Negeri perlu memastikan perlaksanaan projek ini dengan diteliti sebelum ianya dilaksanakan walaupun banyak pertanyaan dan permintaan berkenaan pusat Ini adalah untuk memastikan projek ini benar-benar berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat serta tidak menjadi  projek terbengkalai atau tidak mendapat sambutan

    Perlaksanaan projek ini telah pun dibincangkan di peringkat  Mesyuarat MMKN dan pandangan pihak profesional juga telah diberikan. supaya kerajaan Negeri mendapat penyelesaian dan kaedah yang terbaik untuk melaksanakan projek ketiga-tiga pusat kebudayaan ini.

  2. Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?

    Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi yang terlibat sedang mengenal pasti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi bagi perlaksanaan projek ini diperingkat awal sejajar dengan lokasi ketiga-tiga pusat kebudayaan yang bakal ditempatkan di kawasan pusat bandar terutama sekali cabaran dalam menangani isu pengambilan tanah terutamanya yang tidak melibatkan tanah Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sentiasa akan memastikan supaya cabaran-cabaran dalam menangani isu ini dapat ditangani dengan baik dengan tidak mengetepikan hak–hak rakyat sepanjang di pelaksanaan projek ini.

  3. Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?

    Penelitian akan dibuat berdasarkan cadangan yang dikemukakan  oleh ketiga-tiga Ahli MMKN yang bertanggungjawab dan juga cadangan daripada pihak perunding yang memantau Pembangunan Sungai Kelang. Beberapa tapak cadangan di sepanjang Sungai Kelang telah diutarakan bagi pembangunan ketiga-tiga pusat kebudayaan serta dibincangkan dan dibentangkan di dalam kepada Ahli MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.