Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
183) PUSAT KEBUDAYAAN CINA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di mana letaknya lokasi Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor?
- Sehingga kini, perbincangan masih lagi dibuat bagi memilih lokasi yang sesuai bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor. Namun, ia akan terletak di sekitar pesisir Sungai Klang bersama-sama dengan Pusat Kebudayaan Pelbagai Kaum yang Ini sebagai langkah memaju dan membangunkan pesisir Sungai Klang sebagai destinasi tarikan pelancong di samping menyemai rasa cinta terhadap sungai dan sistem-sistem saliran seumpamanya kepada masyarakat. Pihak jawatankuasa telah melantik juruperunding bagi membuat kajian terperinci berkaitan kesesuaian tapak yang akan dipilih kelak. Keputusan akhir akan diketahui sedikit masa lagi.
-
Bilakah Pusat Kebudayaan Cina dapat dilaksanakan dan disiapkan?
- Belum dapat dipastikan bilakah pelaksanaan dan pembinaan Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor ini dapat disempurnakan. Ini kerana, pemilihan tapak dan reka bentuk projek berkenaan masih lagi di peringkat perbincangan jawatankuasa. Ia tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana pelbagai aspek perlu diberikan perhatian terutama berkaitan kesesuaian tapak, penerimaan masyarakat setempat, kesesuaian reka bentuk, implikasi kewangan / peruntukan dan hal-hal lain yang berkaitan. Selain itu, ia perlu dikemukakan ke peringkat tertinggi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan dan kelulusan
-
Berapa anggaran perbelanjaan untuk projek ini?
- Butiran perbelanjaan masih belum boleh dipastikan berikutan kerja-kerja awalan masih belum bermula. Reka bentunk dan keadaan semasa tapak perlu diperincikan terlebih dahulu kerana ia merupakan antara mekanisme terpenting dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.