Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

25) PUSAT KEBUDAYAAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini proses pembinaan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang dicadangkan sebelum ini ?

    Setakat ini, pembangunan Pusat Kebudayaan Cina telah berada di peringkat
    pembentangan Kertas Konsep dan telah pun dipersetujui dan diluluskan oleh YAB
    Menteri Besar. Beberapa mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan secara dasarnya
    ia telah dipersetujui dengan pembangunan Pusat Kebudayaan Cina akan dibangunkan
    terlebih dahulu sebelum membuka ruang kepada pembangunan Pusat Kebudayaan
    Melayu dan India. Dijangka pada bulan Ogos akan datang, Mesyuarat Penyelarasan
    Pusat Kebudayaan Semua Kaum akan diadakan sekali lagi bagi memperincikan dan
    menyelaras pembangunan pusat kebudayaan berkenaan.

  2. Sila nyatakan di manakah lokasi sebenar yang dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina tersebut dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan ?

    Lokasi sebenar yang telah dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina ialah
    di tanah / tapak hak milik Yayasan Selangor di pesisir Sungai Klang. Pemilihan lokasi ini
    juga selaras dengan langkah Kerajaan Negeri dalam rangka rancangan Pemulihan
    Sungai Klang yang akan menjadi rancangan terbesar dan berpotensi menjadi daya
    tarikan baru di negeri ini. Tidak hanya Pusat Kebudayaan Cina sahaja, bahkan Pusat
    Kebudayaan Melayu dan India juga telah dirancang akan dibangunkan di kawasan yang
    sama. Kerja-kerja pembinaan Pusat Kebudayaan Cina dijangka akan hanya bermula
    setelah semua proses berkaitan status tapak sedia ada selesai dibuat.

  3. Sila nyatakan apakah sebenar kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dan seterusnya menyebabkan cadangan pembinaan Pusat tersebut tergendala sehingga kini ?

    Kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri ketika ini ialah berkaitan status
    tapak / tanah bagi cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Cina tersebut. Tapak /
    tanah yang dipilih merupakan hak milik Yayasan Selangor. Ini berkemungkinan besar
    akan melibatkan proses pengambilan balik tanah mengikut prosedur di bawah Kanun
    Tanah Negaer. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut
    bersama-sama pihak Yayasan Selangor, Pejabat Tanah Daerah Klang dan Majlis
    Perbandaran Klang (MPK) untuk melihat dan memperincikan tentang status tanah
    tersebut dan proses-proses selanjutnya yang boleh diambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.