Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
54) PUSAT JUDI HARAM DAN MAKSIAT WARGA ASING DUN MERU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah lokasi yang telah diadukan oleh penduduk dan JKKK? Senaraikan.
Dari tempoh 01 Jan – 12 Nov 2014 tiada sebarang aduan diterima oleh pihak Polis dari JKKK kawasan Meru, Klang Utara,
-
Apakah hasil penguatkuasaan. Senaraikan.
Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Polis terhadap pusat judi haram dan Maksiat di kawasan Meru bagi tempoh 01 Jan – 12 Nov 2014 seperti berikut :
- Perjudian Mesin
Jumlah Serbuan/ Pemeriksaan Jumlah Serbuan Berjaya Tangkapan
Rampasan
Pertuduhan Keputusan Kes
Tuduh
Dalam siasatan 180
28
28
411
21
7
Penjaga premis dituduh dibawah Seksyen 3 (1) UUK PS 2007
Denda RM3,000/=.
Nota: UUKPS 2007 – Undang-Undang Kecil Pusat Siber & Cafe 2007
- Maksiat
Jumlah Serbuan/ Pemeriksaan Jumlah Serbuan Berjaya Tangkapan Pertuduhan Keputusan Kes
Penjaga W/Asing Tuduh Dalam siasatan 923
68
74
484
55
4
1) Penjaga premis di bawah Seksyen 3 (1) UUK PK 2007 Denda RM3,000/=. 2) Warga asing diusir ke Negara Asal.
Nota: UUKPS 2007 – Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan & Kesihatan 2007
-
Adakah punca gagal operasi sebab kurang bukti sewaktu operasi dan bagaimana info siasatan yang dibuat JKKK tidak membantu sebagai bukti?
Pihak Polis memerlukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan perjudian dan pelacuran. Walaupun begitu maklumat yang diperolehi perlu di tapis dan diteliti supaya maklumat baru yang diperolehi mewajarkan serbuan
Kertas Siasatan yang dibuka dan telah lengkap terlebih dahulu dirujuk ke Pejabat YA TPR bagi mendapatkan arahan pertuduhan dan seterusnya mendakwa pesalah ke Mahkamah.
Sepanjang tempoh Januari 2014 sehingga Oktober 2014 PDRM Kontinjen Selangor telah merekodkan sebanyak 3,760 serbuan berjaya dengan seramai 4,104 orang penjaga dan pemain telah ditangkap. PDRM Kontinjen Selangor turut berjaya merampas 60,687 unit komputer mesin perjudian serta anggaran nilai rampasan bernilai RM 48.5 juta.
Bermula 26 Oktober 2014 (Fasa Pertama) PDRM Kontinjen Selangor telah melipatgandakan usaha pembanterasan kegiatan mesin perjudian ini dan berjaya membuat serbuan sebanyak 54 serbuan dengan menangkap seramai 76 orang penjaga dan pemain serta rampasan mesin perjudian sebanyak 982 unit. Fasa pertama ini memberi fokus bagi memastikan semua premis tersebut ditutup dan tidak lagi beroperasi sehingga 2 November 2014.
Manakala Fasa Kedua bermula pada 3 November 2014 pula memfokuskan usaha dalam mengambil langkah pencegahan dalam memastikan premis-premis yang telah ditutup tidak lagi menjalankan operasi judi haram secara sembunyi. Dalam Fasa Kedua ini PDRM Kontinjen Selangor bekerjasama dengan pihak
mahkamah dengan memperolehi Waran Penggeledahan serta turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membantu menjalankan serbuan terhadap premis yang telah ditutup tetapi masih berani beroperasi secara curi- curi.
Sebagai langkah pencegahan yang berterusan, pihak Polis Kontinjen Selangor sentiasa menjalankan pemantauan, serbuan dan pemeriksaan berterusan agar kegiatan mesin perjudian dan pelacuran dapat dibanteras sepenuhnya