Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

195) PUSAT JUDI DAN RUMAH URUT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini pusat judi dan rumah urut yang beroperasi dengan kebenaran di Negeri Selangor?

    Sebanyak 104 premis pusat judi dan 443 premis rumah urut yang beroperasi dengan kebenaran PBT di Negeri Selangor. Senarai mengikut PBT adalah seperti berikut:-

     

    Bil.

     

    PBT

    Bilangan Premis Yang

    Dibenarkan

     

    Catatan

    Pusat Judi Rumah Urut
     

    1.

     

    MBSA

     

    2

     

    0

    2 Mesin Slot dan tiada lesen perniagaan

    rumah urut dikeluarkan

    2. MBPJ 55 266 Pusat judi nombor

    ramalan.

    3. MPSJ 0 28 Tidak mengeluarkan

    lesen perjudian

    4. MPKJ 38 10 Premis
    5. MPS 0 69 Premis
    6. MPK 3 12 Premis
    7. MPAJ 0 35 Tidak mengeluarkan

    lesen perjudian

    8. MPSP 6 1 Premis
    9. MDKS 0 8 Tidak mengeluarkan

    lesen perjudian

    10. MDKL 0 0 Tidak mengeluarkan

    lesen tersebut

    11. MDSB 0 14 Tidak mengeluarkan

    lesen perjudian

    12. MDHS     Tunggu maklumbalas
    Jumlah 104 443  

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

  2. Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan pusat judi dan rumah urut ini tidak bertambah?

    Antara usaha kerajaan negeri bagi memastikan pusat judi dan rumah urut ini tidak bertambah adalah seperti berikut:-

    • Kerajaan Negeri tidak membenarkan lagi PBT meluluskan lesen rumah urut sejak tahun 2008 dan lesen yang melibatkan perjudian;
    • Pengusaha yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan kompaun;
    • Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang;
    • Menyita premis dan peralatan perniagaan;
    • Merobohkan struktur dalaman premis;
    • Membatalkan lesen perniagaan;
    • Memotong bekalan air dan elektrik; dan
    • Peranan semua agensi seperti PBT, Polis, Imigresen, Pejabat Tanah dan JAIS mempunyai peranan penting antara satu sama lain di dalam menguatkuasakan undang-undang dan membanteras gejala tidak bermoral.
    • Kempen kesedaran juga dilakukan melalui program-program yang dilaksanakan serta melalui media-media bagi mengelakkan masyarakat terjerumus ke dalam gejala yang tidak bermoral dan menghindarkan permintaan terhadap perkhidmatan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.