Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
236) PUSAT JUDI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini pusat judi berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor mengikut PBT?
- PBT tidak melesenkan sebarang pusat perjudian selain permohonan lesen premis perniagaan yang dipohon mempunyai Lesen/ Permit Operator Perjudian daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan permit daripada PDRM di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953, Akta Pertaruhan Pool 1967 atau Akta Loteri 1952, contohnya seperti rumah kelab dan kedai nombor ramalan. Bagi penguatkuasaan, PBT bergantung kepada pihak PDRM untuk menentukan sama ada premis terlibat menjalankan aktiviti berunsur perjudian atau sebaliknya. Jumlah terkini pusat judi berdaftar di Selangor adalah sebanyak 253
-
Nyatakan jumlah penguatkuasaan Kerajaan Negeri ke atas pusat judi haram dari 2014-2017 mengikut PBT?
Hasil pemantauan oleh PBT, dianggarkan sebanyak 854 buah premis (seperti di jadual 1) yang disyaki sebagai premis judi telah dikenal pasti dan telah melaporkannya kepada PDRM untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sekiranya didapati melanggar peraturan, PBT mempunyai kuasa untuk menyita peralatan premis perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil Tred Dan Perniagaan 2007. Pada tahun 2014 dianggarkan sebanyak 14,968 unit peralatan bagi tujuan judi telah disita antaranya seperti peralatan komputer dan sebagainya; pada tahun 2015 dianggarkan sebanyak 1,418 unit; tahun 2016 dianggarkan sebanyak 6,870 unit dan sehingga bulan September 2017 dianggarkan sebanyak 6,651 unit (seperti Jadual 2).
Jadual 1 : Jumlah terkini pusat judi berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor mengikut PBT
PBT JUMLAH PUSAT JUDI BERDAFTAR ANGGARAN PUSAT JUDI TIDAK BERDAFTAR
MBSA 2 25 MBPJ 63 0 PBT JUMLAH PUSAT JUDI BERDAFTAR ANGGARAN PUSAT JUDI TIDAK BERDAFTAR
MPK 68 0 MPAJ 45 155 MPSJ 6 648 MPS 0 26 MPKJ 45 0 MPSP 0 0 MDKL 12 0 MDHS 5 0 MDKS 0 0 MDSB 7 0 JUMLAH 253 854 Sumber: Semua PBT Negeri Selangor PBT
Jadual 2 : Angaran Jumlah Sitaan Peralatan Berkaitan Judi Haram
PBT
ANGGARAN JUMLAH SITAAN PERALATAN BERKAITAN JUDI HARAM OLEH PBT NEGERI SELANGOR 2014 2015 2016 2017 (Sept) Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan MBSA 6,415 unit 437 unit 1,922 unit 1,550 unit MBPJ 781 unit 50 unit 165 unit 94 unit MPSJ 7,694 unit 903 unit 4,746 unit 4,941 unit MPAJ 78 unit 28 unit 31 unit 60 unit MDKS Tiada Tiada 6 unit 6 unit MPKj Tiada Tiada Tiada Tiada MPS Tiada Tiada Tiada Tiada MPK Tiada Tiada Tiada Tiada MPSP Tiada Tiada Tiada Tiada MDKL Tiada Tiada Tiada Tiada MDSB Tiada Tiada Tiada Tiada PBT
ANGGARAN JUMLAH SITAAN PERALATAN BERKAITAN JUDI HARAM OLEH PBT NEGERI SELANGOR 2014 2015 2016 2017 (Sept) Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan Bil. Sitaan Peralatan MDHS Tiada Tiada Tiada Tiada JUMLAH 14,968 1,418 6,870 6,651 Sumber: Semua PBT Negeri Selangor