Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
189) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan semua jabatan, agensi atau bangunan kerajaan negeri yang masih belum didirikan pusat jagaan kanak-kanak, sepertimana yang telah dijanjikan di dalam manifesto pilihanraya yang lepas?
Dijawab oleh Pejabat Menteri
-
Apakah sasaran untuk meningkatkan bilangan pusat jagaan kanak-kanak dalam tahun akan datang?
Untuk makluman, Pusat Jagaan adalah premis yang memberi jagaan, pelindungan, latihan dan pemeliharaan kepada kumpulan sasar JKM iaitu kanak-kanak, orang tua, remaja, OKU, orang papa, anak yatim sama ada berkediaman atau harian. Manakala TASKA adalah satu premis yang mengasuh kanak-kanak berumur bawah 4 tahun dan dibayar dengan sejumlah upah.
Bagaimanapun merujuk peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, terdapat 4 jenis TASKA dan TASKA tempat kerja merupakan salah satu daripadanya.
Salah satu sasaran JKM ialah untuk mendaftarkan sejumlah TASKA merangkumi TASKA Tempat kerja. Bagi memenuhi sasaran tersebut, antara program yang dirancang untuk dilaksanakan termasuk Program-program advokasi seperti Program Jom Daftar TASKA, Taklimat TASKA Tempat Kerja dan Taklimat daripada agensi seperti LHDN, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan penyelamat serta mengadakan Mesyuarat One Stop Centre Bersama Agensi Teknikal bagi membincangkan masalah yang timbul dalam pendaftaran TASKA tempat kerja.