Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

97) PUSAT JAGAAN IBU DAN BAYI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan terkini untuk membuka pusat jagaan ibu dan bayi?

    Pusat penjagaan, rawatan ibu selepas bersalin dan bayi merupakan aktiviti yang semakin meningkat naik di kalangan masyarakat tidak hanya tertumpu di kawasan perniagaan malahan bercambah di kawasan kediaman. Menyedari hal ini, negeri Selangor muncul sebagai  negeri pertama yang memperkenalkan garis panduan yang jelas berhubung penubuhan pusat jagaan dan rawatan ibu selepas bersalin. Tujuan mewujudkan garis panduan ini adalah sebagai panduan kepada pengusaha untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang dalam membuat perubahan material kegunaan bangunan kediaman dan perniagaan. Garis panduan ini memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menerima dan memproses permohonan berkaitan dan tindakan pengawalan serta penguatkuasaan. Antara perkara yang termasuk dalam garis panduan tersebut adalah seperti berikut:

     

    1. Kategori bangunan yang dibenarkan;
    2. Kaedah perlesenan;
    3. Aktiviti yang dibenarkan;
    4. Aktiviti yang tidak dibenarkan; dan
    5. Penguatkuasaan.

     

    Garis Panduan Penubuhan Pusat Penjagaan, Rawatan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi yang lengkap adalah seperti di Lampiran A.

  2. Adakah kerajaan mempunyai dasar untuk meletak doktor di pusat jagaan ibu dan bayi sekirangnya ada kecemasan ini memandangkan bilangan ibu yang melebihi 10 orang pada waktu yang sama?

    Merujuk kepada perenggan 10.4.5 Garis Panduan Penubuhan Pusat Penjagaan, Rawatan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi ada menyatakan perlu menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor bertauliah untuk menjalankan pemantauan ke atas ibu dan anak.

  3. Berapa buah pusat yang terdapat di setiap DUN?

    Berikut adalah jumlah pusat jagaan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) :

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

    BILANGAN PUSAT PENJAGAAN, RAWATAN IBU SELEPAS BERSALIN

    MBSA

    4

    MBPJ

    0

    MBSJ

    4

    MBDK

    9

    MPAJ

    1

    MPS

    0

    MPKJ

    8

    MPSp

    1

    MPKL

    0

    MPKS

    0

    MPHS

    1

    MDSB

    0

    JUMLAH

    28