Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

181) PUSAT INKUBATUR PERTANIAN PEKAN BATU 18

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pembangunan ataupun baikpulih di kawasan tersebut?

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi kelulusan dan peruntukan bagi kerja naiktaraf bangunan pemprosesan di bawah tajuk Projek Pembangunan Usahawan Pertanian & Industri Makanan (Pusat Pemprosesan, Pembungkusan Dan Pemasaran Industri Makanan -Pusat 3P) dan waran peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor pada tarikh 13.6.2024. Peruntukan tersebut adalah bagi kerja menaiktaraf pusat inkubator yang akan dilaksanakan pada Ogos 2024.

     

    Untuk makluman, buat masa ini terdapat dua (2) orang peserta yang menyewa di tapak ini seperti di butiran berikut:-

     

    1. Nama : Muhammad Sirajuddin Bin Md Riduan

    Kadar Sewaan         : RM404 Sebulan

    Projek                         : Makanan sejuk beku

    Tempoh Sewaan     : 3 Tahun (1 Mac 2023 – 28 Feb 2026)

     

    1. Nama : Fauzi bin Majid

    Kadar Sewaan         : RM340 Sebulan

    Projek                         : Kraftangan

    Tempoh Sewaan     : 3 Tahun (1 Mac 2023 – 28 Feb 2026)

Lampiran

Tiada Lampiran.