Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

3) PUSAT INFORMASI PELANCONGAN SEKINCHAN ( TIC)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan TIC Sekinchan?

    Pihak persatuan pelancongan Sekinchan sedang melantik juruukur untuk mewartakan tanah seluas 6-5 ekar memandangkan tanah tersebut merupakan tanah kerajaan dan perlu diwartakan.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi yang menyebabkan sehingga kini tiada tindakan susulan?

    Pihak MDSB masih menunggu rekabentuk dan anggaran kos lengkap daripada pihak arkitek yang dilantik oleh Persatuan Pelancongan Sekinchan. Anggaran kos yang dikemukakan akan dihantar ke Kerajaan Negeri untuk

  3. Sila nyatakan berapakah anggaran peruntukan yang akan disalurkan oleh KNS bagi merialisasikan TIC Sekinchan?

    Berdasarkan kepada anggaran kos awal yang telah dikemukakan adalah sebanyak 28 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.