Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

20) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan Statistik bilangan kelulusan di PBT Pusat Hiburan Keluarga mengikut pecahan :- i. Di Shop Lot ii. Di Shopping Complex

    Bilangan kelulusan Pusat Hiburan Keluarga bagi Shop Lot adalah sebanyak 64 manakala kelulusan bagi Shopping Complex adalah sebanyak 112. Perincian mengikut PBT adalah seperti Jadual 1 :

    Jadual 1 : Statistik bilangan kelulusan Pusat Hiburan Keluarga mengikut pecahan di PBT Selangor

    PBT BILANGAN KELULUSAN
    SHOP LOT SHOPPING COMPLEX
    MBSA 0 10
    MBPJ 0 8
    MPK 31 11
    MPAJ 0 9
    MPSJ 0 23
    MPS 0 12
    MPKj 17 21
    MPSp 1 (SOHO) 9
    MDKL 0 4
    MDKS 3 3
    MDHS 5 1
    MDSB 7 1
    JUMLAH 64 112

    Nota : Sumber dari PBT

  2. Apakah standard kelulusan sesebuah pusat hiburan keluarga di setiap PBT dan berapakah bilangan permohonan purata setiap tahun bermula 2010 -2015?

    PBT merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pembangunan Kerajaan Tempatan) PBT: KT BIL 3/2001 iaitu Dasar dan Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Di Kawasan Pentadbiran Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor – Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT KT Bil. 3/2001 dan Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga (PHK): Pindaan – Pekeliling Jabatan Kerajaan Tempatan JKT : JM/D/Bil. 3/2005 dalam meluluskan sesuatu permohonan di PBT. Berikut adalah bilangan permohonan setiap tahun bermula tahun 2010 -2015 mengikut PBT masing- masing. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 2 :

    Jadual 2: Bilangan permohonan setiap tahun bermula 2010 -2015

    PBT BILANGAN PERMOHONAN
    2010 2011 2012 2013 2014 2015
    MBSA 2 2 2 2 2 2
    MBPJ 1 1 2 4 5 6
    MPK 32 23 26 32 33 70
    MPAJ 30 30 31 17 29 22
    MPSJ 18 18 19 19 18 21
    MPS 1 3 2 1 1 0
    MPKj 36 30 28 32 47 27
    MPSp 0 0 0 1 2 7
    MDKL 0 0 1 0 0 0
    MDKS 0 0 0 0 3 1
    MDHS 0 3 2 3 1 5
    MDSB 0 1 1 2 4 4
    JUMLAH 120 111 114 113 145 165

    Nota : Sumber dari PBT

    Purata permohonan setiap tahun bermula 2010-2015 adalah sebanyak 128 permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.