Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

58) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini pusat hiburan yang berlesen dan anggaran pusat yang tidak berlesen mengikut daerah/PBT di Selangor.

    Jumlah terkini pusat hiburan yang berlesen ialah sebanyak 685 dan anggaran pusat yang tidak berlesen ialah 229. Jumlah secara terperinci mengikut daerah/PBT di Selangor adalah seperti berikut:

    BIL PBT BILANGAN PUSAT HIBURAN BERLESEN ANGGARAN BILANGAN PUSAT HIBURAN TIDAK BERLESEN
    1. MBSA 45 15
    2. MBPJ 218 43
    3. MPK 79 Tiada
    4. MPAJ 65 70
    5. MPSJ 131 47
    6. MPS 10 30
    7. MPKj 38 7
    8. MPSp 29 3
    9. MDKL 25 Tiada
    10. MDHS 6 5
    11. MDKS 11 9
    12. MDSB 28 Tiada
    JUMLAH 685 229

    Nota : Sumber dari semua PBT

  2. Bagaimana pusat hiburan sama ada yang berlesen atau tidak yang telah diarah tutup oleh pihak berkuasa boleh berniaga atau dibuka semula?

    Pusat Hiburan yang telah diarah tutup bagi premis yang telah mempunyai lesen dibenarkan dibuka semula selepas syarat-syarat lesen hiburan telah dipatuhi. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan. Bagi Pusat Hiburan yang tidak mempunyai lesen, Premis akan diarah tutup dan membuat permohonan lesen di Jabatan Pelesenan. Premis dibenarkan beroperasi selepas Lesen Hiburan diluluskan oleh pihak PBT.

     

  3. Berapa banyak pengusaha pusat hiburan yang melanggar peraturan telah dihadapkan ke mahkamah atau dikenakan tindakan?

    Jumlah pengusaha pusat hiburan yang melanggar peraturan tahun 2015 di Selangor adalah 229 orang dan pada 2016 adalah 124 orang. Jumlah secara terperinci mengikut PBT adalah seperti jadual:

    PBT BILANGAN PENGUSAHA PUSAT HIBURAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAU DIKENAKAN TINDAKAN
    2015 2016
    MBSA Tiada Tiada
    MBPJ 106 55
    MPK Tiada Tiada
    MPAJ 52 28
    MPSJ 58 26
    MPS 10 13
    MPKj Tiada Tiada
    MPSp Tiada Tiada
    MDKL 3 2
    MDHS Tiada Tiada
    MDKS Tiada Tiada
    MDSB Tiada Tiada
    JUMLAH 229 124

    Nota : Sumber dari semua PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.