Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

222) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini pusat hiburan berlesen dan tidak berlesen serta statistik arahan tutup pusat hiburan dari 2014-2017

    Jumlah terkini pusat hiburan berlesen dan tidak berlesen serta statistik arahan tutup pusat hiburan dari 2014-2017 mengikut PBT adalah seperti Jadual 1:

    Jadual 1 : Jumlah terkini pusat hiburan berlesen dan tidak berlesen serta statistik arahan tutup pusat hiburan dari 2014-2017

     

    PBT

     

    TAHUN

    JUMLAH BERLESEN JUMLAH TIDAK BERLESEN JUMLAH PREMIS YANG DIARAH TUTUP
    MBSA 2014 3 91 1
    2015 10 56
    2016 11 61
    Oktober 2017 9 35
    MBPJ 2014 183 78 59
    2015 213 55 29
    2016 250 14 27
    Oktober 2017 246 60 134

     

     

    PBT

     

    TAHUN

    JUMLAH BERLESEN JUMLAH TIDAK BERLESEN JUMLAH PREMIS YANG DIARAH TUTUP
    MPK 2014 90 31 0
    2015 73 28 0
    2016 86 30 0
    Oktober 2017 143 45 0
    MPAJ 2014 66 187 0
    2015 52 48 0
    2016 63 67 0
    Oktober 2017 45 96 0
    MPSJ 2014 151 18 18
    2015 144 42 42
    2016 154 57 57
    Oktober 2017 152 35 35
    MPS 2014 55 45 1
    2015 68 43 2
    2016 80 52 4
    Oktober 2017 67 30 10
    MPKJ 2014 47 25 0
    2015 35 45 0
    2016 38 61 0
    Oktober 2017 41 62 0

     

     

    PBT

     

    TAHUN

    JUMLAH BERLESEN JUMLAH TIDAK BERLESEN JUMLAH PREMIS YANG DIARAH TUTUP
    MPSP 2014 25 2 2
    2015 25 1 1
    2016 26 0 0
    Oktober 2017 26 0 0
    MDKL 2014 20 0 0
    2015 22 0 0
    2016 24 0 0
    Oktober 2017 27 3 0
    MDHS 2014 7 0 0
    2015 7 0 0
    2016 7 0 0
    Oktober 2017 0 0 0
    MDKS 2014 14 0 0
    2015 18 0 0
    2016 10 0 2
    Oktober 2017 14 0 0
    MDSB 2014 31 1 1
    2015 31 2 2
    2016 28 10 10
    Oktober 2017 18 18 18
    JUMLAH   1638 1534 455

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Apakah faktor menyebabkan Kerajaan Negeri tidak mampu menutup terus pusat hiburan haram?

    Permintaan tinggi dari pengunjung pusat hiburan serta keuntungan yang tinggi menjadikan pusat hiburan haram terus beroperasi. Namun demikian, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

  3. Apakah langkah drastik bagi mengelakkan pusat hiburan berlesen menyalahgunakan lesen tersebut?

    PBT telah menetapkan syarat-syarat pematuhan bagi setiap lesen Pusat Hiburan yang telah diluluskan. Sekiranya didapati terdapat premis Pusat Hiburan melanggar syarat pematuhan yang dikeluarkan, tindakan penguatkuasaan dan pembatalan lesen akan dikenakan terhadap premis berkenaan. PBT mengenakan tindakan ke atas pusat hiburan tanpa lesen dengan mengambil tindakan sitaan hiburan dan penutupan premis di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Seksyen 1995 (pindaan 2001) iaitu mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen. Tindakan sekatan lesen juga boleh dilaksanakan ke atas premis hiburan yang melanggar syarat-syarat

Lampiran

Tiada Lampiran.