Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

51) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah pusat hiburan yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang ?

    Jumlah pusat hiburan yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang ialah sebanyak 82

  2. Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah yang mendapat lesen beroperasi dari MPK ?

    Jumlah yang mendapat lesen dari MPK IALAH SEBANYAK 82 LESEN

  3. Apakah kriteria atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi apabila membuka pusat hiburan dan bagaimanakah MPK memantau agar syarat-syarat tersebut di patuhi setiap masa ?

    i) Kriteria / syarat-syarat yang perlu untuk membuka Pusat Hiburan adalah mengikut ”Dasar dan Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat Hiburan di kawasan PBT di Negeri Selangor (PBT:KT Bil 3/2001)yang dikeluarkan oleh pihak SUK.

    ii) MPK akan membuat pemantauan setiap tahun sebelum pembaharuan lesen pemeriksaan berkala oleh MPK.

Lampiran

Tiada Lampiran.