Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

30) PUSAT HIBURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lesen telah diberikan kepada Siber Kafe, pusat urut, Karaoke?

    Berikut jumlah lesen premis Siber kafe, Pusat Urut dan Karaoke bagi tahun 2010:

    Bil. PBT Pusat siber Pusat Urut Pusat Hiburan Karaoke
    1. MBSA 47 5 27
    2. MBPJ 38 83 116
    3. MPK 69 34 67
    4. MPAJ 47 39 14
    5. MPSJ 55 35 24
    6. MPS 40 11 15
    7. MPKj 78 41 5
    8. MPSp 12 8 3
    9. MDKS 9 7 3
    10. MDHS 13 7 16
    11. MDKL 15 12 10
    12. MDSB 18 10 6
      Jumlah 398 292 306
  2. Apakah tindakan diambil ke atas pusat hiburan yang tidak berlesen?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor. Pemberian lesen untuk aktiviti Hiburan telah dibekukan dalam Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan dalam peringkat menambah baik Undang-undang Kecil bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan . Pihak Berkuasa Tempatan juga mengambil tindakan sitaan terhadap premis tidak berlesen dan melaksanakan operasi bersama pihak Polis Diraja Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.