Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
2) PUSAT HIBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah Pusat hiburan sah dan haram yang beroperasi di setiap PBT?
Jumlah Pusat Hiburan sah dan haram yang beroperasi di setiap PBT adalah seperti berikut :
PBT BIL. PUSAT HIBURAN BERLESEN TIDAK BERLESEN MBSA 22 – MBPJ 245 – MPK 81 – MPAJ 27 – MPSJ 741 – MPS 75 – MPKj 33 – MPSp 6 – MDKL 12 – MDHS 19 – MDKS 10 – MDSB 7 – JUMLAH 1278 – * nota- maklumat diperolehi daripada PBT
-
Sila nyatakan dengan detail kenapa masih terdapat banyak aduan yang mengatakan bahawa Pusat Hiburan haram wujud Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas hujan?
Pusat Hiburan haram wujud bagaikan ‘Cendawan Tumbuh Selepas Hujan’ adalah berkemungkinan kerana:
- Nilaian tahunan kompaun RM 20,000.00 oleh Pihak Berkuasa dan nilai denda maksimum RM 1,000.00 oleh mahkamah adalah sangat rendah jika dibandingkan hasil perniagaan oleh pihak pengusaha pusat hiburan.
- Kebarangkalian kesalahan berulang adalah sangat tinggi disebabkan peruntukan sediada membenarkan pengusaha / pemilik pusat hiburan membuat tuntutan keatas barang-barang yang disita di dalam tempoh masa sebulan dan tarikh kesalahan. Kebenaran peruntukan ini telah menimbulkan prasangka buruk kepada Pihak Berkuasa Tempatan walaupun tindakan sering kali dilaksanakan.
- Beban hukuman tidak dikenakan kepada pemilik premis atau bangunan, sedangkan merekalah yang berkomproni dalam aktiviti ini.
- Tiada tindakan yang berkesan kepada pengusaha tanpa lesen sekiranya pihak ini tidak dapat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dimana pertuduhan tidak dapat ditujukan dengan sempurna bagi pendakwaan.
- Terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap hiburan tersebut.
-
Sila nyatakan bagaimana pihak PBT mempergiatkan penguatkuasaan dan memantau aktiviti Pusat Hiburan Haram supaya ianya tidak memudaratkan masyarakat setempat?
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor telah menetapkan zon Pusat Hiburan seperti yang telah diarahkan berdasarkan pekeliling SUK bil. 1 Tahun 2008 berhubung Arahan Mewujudkan Zon Pusat Hiburan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Kaedah ini dilihat berkesan di dalam mengawal dan memantau aktiviti pusat hiburan yang terdapat di Selangor di samping memudahkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan. Di samping itu juga, Pihak Berkuasa Tempatan sering mengadakan operasi secara bersepadu bersama pihak PDRM, JAIS, Jabatan Imigresen serta Agensi Dadah Kebangsaan bagi membanteras aktiviti tidak sihat di Pusat Hiburan.