Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

126) PUSAT HEMODIALISIS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah bilangan pusat-pusat hemodialisis percuma untuk kegunaan rakyat?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan 88 buah  pusat  rawatan dialisis swasta sedia ada yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberikan perkhidmatan rawatan dialisis kepada pesakit kegagalan buah pinggang di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pusat rawatan swasta yang terdapat di negeri yang bersempadanan seperti Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan bagi memudahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan yang berhampiran dengan kediaman.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.