Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
74) PUSAT GEMS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah objektif pembukaan Pusat GEMs serta strategi yang digunakan?
Penubuhan Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor merupakan satu inisiatif bagi menangani gejala sosial secara holistik yang melibat semua jabatan/agensi kerajaan, pimpinan masyarakat serta penduduk setempat. Objektif Pusat GeMS seperti berikut :
Merupakan satu pendekatan kolaborasi yang bersinergi yang menggabungkan semua jabatan/agensi kerajaan, pimpinan masyarakat setempat , badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menangani gejala sosial di kawasan
Menyelaras aktiviti-aktiviti atau Program Generasi Idaman Selangor di kawasan tersebut secara berkala dan
Membantu penduduk setempat secara langsung bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Dalam usaha menangani gejala sosial secara holistik di kawasan yang mempunyai Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah menggunakan pendekatan 5 P sebagai strategi untuk memastikan kejayaan menangani gejala sosial di kawasan tersebut . Melalui lima (5) pendekatan ini pelaksanaan Pendidikan, Pencegahan, Pencelahan, Pemulihan dan Penguatkuasaan. Pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi penyelesaian masalah secara holistik iaitu pendidikan, kewangan, pentadbiran, sosial dan agama.