Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

52) PUSAT FASILITI KESIHATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penduduk di ambil kira untuk membina sesebuah fasiliti kesihatan di Negeri Selangor?

    Di bawah RMK-12, panduan jenis klinik kesihatan dan skop perkhidmatan yang akan ditawarkan, adalah berdasarkan bilangan penduduk di kawasan liputan/ operasi mengikut aturan seperti jadual di bawah:

    Untuk makluman, terdapat pelbagai faktor yang diambil kira dalam menentukan pembinaan hospital di sesuatu kawasan. Berdasarkan semakan dengan Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keperluan pembinaan sebuah hospital adalah berdasarkan halatuju dan perancangan perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran, Kadar Penggunaan Katil (Bed Occupancy Rate – BOR) di hospital-hospital yang berdekatan serta sasaran Bed to Population Ratio (BPR) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

     

    Walau bagaimanapun, berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (2022); Jadual 16: Garis Panduan Khusus Hospital Awam; berikut merupakan perincian perkhidmatan kesihatan berdasarkan bilangan tadahan penduduk:

     

    1. Bandar Global / Wilayah (>1.5 Juta penduduk): Institusi Perubatan Khas/ Institusi Khas/ Hospital Negeri
    2. Bandar Negeri: Hospital Negeri/ Hospital Pakar Major
    3. Bandar Utama (>100,000 Penduduk): Hospital Pakar Major/ Hospital Pakar Minor
    4. Bandar Tempatan (10,000 – 100,000 penduduk atau merupakan Pusat Pentadbiran Daerah): Hospital Pakar Minor/ Hospital Tanpa Pakar
  2. Apakah status terkini berkenaan pembinaan klinik kesihatan di Ukay Perdana di DUN Bukit Antarabangsa?

    Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak bersama pihak MPAJ dan ADUN Bukit  Antarabangsa telah mengadakan  lawatan tapak pada 24 Januari 2024.  Hasil daripada lawatan tersebut, PKD Gombak telah memulakan proses permohonan pemilikan sebidang tanah di Ukay Perdana 4 yang telah dikenalpasti sesuai sebagai tapak Klinik Kesihatan Ukay Perdana. PKD Gombak telah menghantar surat bertarikh 1 Februari 2024 kepada JKN Selangor bagi proses yang selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.