Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
235) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kos pembinaan dan pengurusan setiap Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak menanggung sebarang kos bagi penubuhan PDR. Walau bagaimanapun, penubuhan PDR dan segala kos pembinaan dan Pengurusan ditanggung beberapa entiti termasuk pihak swasta. Anggaran kos ubahsuai bagi setiap PDR tidak kurang daripada RM200,000.00 (termasuk sistem Reverse Osmosis (RO) dan peralatan water treatment). Manakala bagi kos mesin hemodialisis adalah sebanyak RM 45,000.00 bagi setiap
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri yang telah dan akan diambil untuk membantu pesakit dialisis selain daripada mewujudkan PDR?
Selain daripada mewujudkan PDR, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan pembiayaan kos rawatan dialisis di Pusat-pusat Hemodialisis secara ‘one off’ RM 2,000 setahun sahaja melalui Program Bantuan Kesihatan Rakyat Negeri Selangor. Ini bagi membantu mereka yang mempunyai masalah pengangkutan untuk ke PDR yang jauh dari tempat tinggal dan ketiadaan PDR di kawasan mereka.