Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

41) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah beroperasi? Senaraikan

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menambahbaik Program Pusat Dialisis Rakyat kepada Panel Dialisis Sihat Selangor. Tujuan utama dasar ni ditambahbaik adalah untuk membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara berkala di pusat-pusat dialisis yang berdaftar dan terletak berhampiran dengan kediaman mereka. Sehingga kini, terdapat 88 buah pusat rawatan yang bekerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Program Panel Dialisis Sihat Selangor. Senarai Pusat Dialisis adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Berapakah jumlah penerima manfaat ini sejak dilancarkan mengikut PDR?

    Pentadbiran ini tidak mempunyai rekod terperinci berkaitan PDR. Walau bagaimanapun, jadual di bawah menunjukkan jumlah penerima manfaat di bawah Program Bantuan Sihat Selangor bagi tujuan rawatan dialisis mengikut tahun :

  3. Apakah terdapat cadangan bagi menambah Pusat Dialisis di setiap DUN?

    Dalam memudahkan pesakit kegagalan buah pinggang untuk menjalani rawatan dialisis di bawah Bantuan Sihat Selangor, Kerajaan Negeri telah membenarkan pesakit untuk memilih pusat rawatan swasta yang berhampiran dengan kediaman bagi memudahkan urusan rawatan termasuklah pusat rawatan dialisis yang berada bersempadanan dengan negeri Selangor seperti Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pesakit boleh mendapatkan rawatan di pusat dialisis dengan kadar kelulusan yang telah diberikan dan Kerajaan Negeri akan membayar kos rawatan tersebut terus kepada pusat dialisis.

Lampiran

Tiada Lampiran.