Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

67) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Antara program merakyatkan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?

    Matlamat utama mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat ini adalah bagi memastikan setiap pesakit yang memerlukan rawatan boleh menikmatinya walaupun kurang keupayaan kewangannya. Ini kerana setiap sesi dialisis memerlukan kos antara RM150.00 hingga RM200.00 tetapi pesakit akan memerlukan tiga kali rawatan setiap minggu di mana kos keseluruhannya sebulan di antara RM1,800.00 hingga RM2,400.00. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, namun ia tidak menghalang mereka yang tidak layak didaftarkan atas sebab-sebab tertentu termasuk yang berumur di bawah 60 tahun untuk turut sama menikmati kemudahan ini. Kerajaan Negeri juga turut mewujudkan bantuan kesihatan melalui bantuan dialisis kepada pesakit sebanyak RM2,000.00 secara one-off bagi meringankan beban mereka membiayai kos

     

  2. Berapa banyakkah pusat-pusat seperti ini disasarkan penubuhannya dalam tahun 2010 hingga tahun 2012?

    1. Perlaksanaan program ini masih diperingkat awal. Mengikut kajian lebih daripada 3,000 orang rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang peringkat terakhir pada setiap tahun. Malah hari ini, lebih daripada 15,000 orang rakyat  Malaysia  dikatakan bergantung kepada mesin dialisis dan bilangan ini dijangka akan meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010 ini. Namun begitu, dengan mengambil kira penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat yang mementingkan perkhidmatan kebajikan secara sukarela, Kerajaan Negeri tidak akan  tergesa-gesa  dalam perlaksanaan pusat dialisis rakyat tersebut. Kajian lanjut akan dibuat dan penubuhan pusat-pusat tersebut akan dibuat mengikut keperluan dari masa ke
  3. Apakah kaedah pembiayaan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mewujudkan setiap pusat seperti ini dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?

    1. Dalam mewujudkan pusat-pusat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat kerjasama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan dan pihak profesional yang mementingkan kebajikan yang memberikan perkhidmatan secara sukarela. Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri akan membantu dalam konteks penyediaan tempat sekali gus kos  dapat dikecilkan namun rakyat masih mendapat khidmat yang

Lampiran

Tiada Lampiran.