Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

210) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat Selangor yang telah beroperasi dan di kawasan manakah terletak pusat ini?

    Terdapat lima (5) Pusat Dialisis Rakyat, iaitu :-

    1. Sementa
    2. Hulu Kelang
    3. Taman Medan
    4. Parlimen Ampang
    5. Sri Muda – Jalan Kebun : masih dalam proses
  2. Apakah syarat-syarat untuk mendapat kemudahan ini dan jumlah rakyat yang telah memperolehi faedah ini?

    Syarat-syarat untuk mendapat kemudahan ini adalah pengguna perkhidmatan ini mestilah anak Selangor atau sedang bermastautin di Negeri Selangor Seramai 49 orang pesakit yang telah menerima manfaat dan faedah. Pecahan bilangan pesakit yang telah memperolehi faedah daripada perkhidmatan Pusat

    Dialisis Rakyat adalah seperti berikut :1. Sementa : 15 orang

    1. Hulu Kelang : 1 orang
    2. Taman Medan : 11 orang
    3. Parlimen Ampang : 22 orang
    4. Sri Muda – Jalan Kebun : masih dalam proses
  3. Selain daripada itu, apakah rancangan-rancangan kerajaan seterusnya bagi membantu rakyat yang kurang mampu untuk menerima faedah perubatan secara keseluruhannya

    Selain Pusat Dialisis Rakyat, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan program Skim Kesihatan Wanita yang menawarkan pemeriksaan Mammogram untuk wanita di Negeri Selangor yang berumur 35 tahun dan keatas yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Buat masa ini Kerajaan Negeri masih dalam perancangan untuk memperkenalkan faedah tambahan yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat di Negeri Selangor.. (Sumber dari Rantaian Mesra Usia Emas (RMSB))

Lampiran

Tiada Lampiran.