Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

25) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008.

    Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor telah memiliki lima (5) Pusat Dialisis

    Rakyat (PDR). Sejumlah tiga (3)daripadanya telah beroperasi sepenuhnya, satu (1) baru memulakan perkhidmatan dan satu (1) lagi masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Nyatakan jumlah pesakit yang telah mendapat manfaat melalui PDR

    Sehingga kini seramai tujuh puluh tiga (73) orang telah menikmati kemudahan yang disediakan ini. Pecahannya adalah seperti berikut, dua puluh tujuh (27) orang menerima perkhidmatan di PDR Ampang, dua (2) orang di PDR Lembah Keramat, lapan belas (18) orang di PDR Taman Medan dan dua puluh enam (26) orang di PDR Sementa.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan PDR di DUN Kuala Kubu Bharu? Jika tidak, nyatakan sebab?

    Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat di setiap kawasan Dewan Negeri Selangor. Namun, ia bergantung kepada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Untuk makluman, Pusat Dialisis Rakyat yang terletak di Lembah Keramat (DUN Hulu Kelang) baru saja memulakan operasinya sementara di Jalan Kebun (DUN Sri Muda) masih menunggu kelulusan KKM setelah kerja-kerja ubahsuai dibuat mengikut keperluan lebih dua (2) tahun yang lalu.

Lampiran

Tiada Lampiran.