Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

55) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah pusat dialisis rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?

    Untuk makluman Ahli-Ahlli Yang Berhormat, terdapat 4 buah Pusat Dialisis Rakyat yang terdapat di seluruh Negeri Selangor iaitu di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat. Walau bagaimanapun, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 9/2015 yang bersidang pada 4 Mac 2015 telah bersetuju untuk mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor.

  2. Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut DUN

    Berikut merupakan jumlah pesakit yang telah menerima rawatan di Pusat Dialisis Rakyat mengikut DUN sejak tahun 2008 hingga tahun 2015

     

    BIL. LOKASI PDR JUMLAH

    MESIN

    JUMLAH PENERIMA
    1 Ampang 5 30
    2 Taman Medan 6 21
    3 Sementa 5 24
    4 Lembah Keramat 6 31
      21 212
  3. Berapa banyak lagikah pusat dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh

    Pusat Dialisis Rakyat (PDR) telah beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd. Matlamat utama sewaktu penubuhan PDR ini adalah untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor seterusnya menyediakan pusat perkhidmatan dialisis yang terbaik Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membuka Pusat Dialisis Rakyat (PDR) yang baru selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 9/2015 yang bersidang pada 4 Mac 2015 yang telah bersetuju untuk mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor.

    Program ini merupakan kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri dan Pusat Dialisis swasta yang berdaftar di Negeri Selangor. Strategi ini dilihat lebih berkesan, mudah dan berimpak tinggi berbanding dengan Kerajaan Negeri mewujudkan dan menguruskan Pusat Dialisis tersebut sendiri.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara sebab pembukaan pusat dialisis boleh tertanggung adalah kerana setiap pusat rawatan dialisis swasta yang ingin beroperasi perlu mematuhi dan menepati semua syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyambut baik dan akan memberikan kerjasama bagi semua cadangan daripada pihak persendirian dan swasta yang ingin membuka pusat rawatan dialisis di Negeri Selangor demi manfaat dan kemudahan kesihatan Rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.