Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

115) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?

    Sebanyak 4 buah Pusat Dialisis Rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya dan keterangan lanjut adalah seperti berikut:-

    BIL. LOKASI PUSAT DIALISIS RAKYAT ALAMAT
    1. Pusat Dialisis           Rakyat Ampang Dewan Datuk Tahir Karim,

    Jalan Kempang, Kampung Melayu Ampang, 68000 Kuala Lumpur

    2. Pusat Dialisis Rakyat Taman Medan 11A-1, Jalan PJS 3/32, Taman Sri Manja,

    46000 Petaling Jaya, Selangor

    3. Pusat Dialisis           Rakyat Lembah Keramat Dewan Orang Ramai, Lembah Keramat, Jalan AU5C/10, Ampang, 54200 Kuala Lumpur
    4. Pusat Dialisis           Rakyat Sementa No. 7, 9 & 11, Jalan Sg Kapar Indah 3G, Taman Sg Kapar Indah, 42209 Klang
  2. Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut Dun.

    Jumlah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini adalah sebanyak 112 orang. Pecahan mengikut Pusat Dialisis Rakyat adalah seperti di bawah:-

    BIL. LOKASI PDR JUMLAH MESIN JUMLAH PENERIMA
    1. Ampang 12 37
    2. Taman Medan 8 18
    3. Sementa 8 29
    4. Lembah Keramat 8 28
    5. Sri Muda Mula beroperasi pada Jun 2014
    Jumlah 36 112
  3. Berapa banyak lagikah Pusat Dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh?

    Pusat Dialisis Rakyat yang masih belum beroperasi sepenuhnya ialah Pusat Dialisis Rakyat Sri Muda. Ingin saya maklumkan Dewan ini bahawa, Pusat Dialisis Rakyat Sri Muda kini berada di peringkat akhir persiapan untuk ianya beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 2014, PDR Sri Muda ini boleh menempatkan sebanyak 14 buah mesin dialisis yang boleh menampung seramai 56 orang pesakit buah pinggang kelak.

    Antara kekangan dihadapi yang menjadi punca penangguhan sesebuah PDR ditubuhkan adalah faktor Perolehan Lesen dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selain daripada aspek-aspek teknikal yang perlu dipatuhi untuk mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan. Antara standard piawaian yang perlu dipatuhi adalah seperti di bawah:-

    • Infrastruktur dan pelan bangunan PDR perlu mengikut keperluan standard Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Mesin hemodialisis di PDR perlu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Kakitangan dan staff nurse perlu mendapat latihan kejururawatan dan berpengalaman dalam bidang dialisis
    • Doktor yang bertugas perlu mempunyai pengalaman dan latihan di dalam bidang dialisis
    • Meletakkan seorang pakar buah pinggang nefrologi yang akan melawat

    PDR secara berkala bagi merawat pesakit

Lampiran

Tiada Lampiran.