Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
141) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Pusat Dialisis Rakyat yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi pusat tersebut
- Pada masa ini, belum ada Pusat Dialisis Rakyat yang ditubuhkan. Pelaksanaan program ini masih diperingkat awal. Mengikut kajian lebih daripada 3,000 orang rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang peringkat terakhir pada setiap tahun. Malah hari nini, lebih daripada 15,000 orang rakyat Malaysia dikatakan bergantung pada mesin dialisis dan bilangan ini dijangka akan meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010 ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak akan tergesa-gesa dalam perlaksanaannya. Kajian lanjut akan dibuat dan penubuhan pusat-pusat tersebut akan dibuat mengikut keperluan dari masa ke
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah pusat dialisis?
- Dalam mewujudkan pusat-pusat tersebut, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Menteri Besar Pemerbadanan telah membuat kerjasama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan dan syarikat yang berminat. Melalui kerjasama ini, kos dapat dikecilkan namun rakyat masih mendapat khidmat yang
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk setiap bulan untuk pusat-pusat tersebut?
- Kerajaan Negeri sehingga kini belum mengeluarkan sebarang peruntukkan untuk pengendalian Pusat Dialisis Rakyat kerana ia belum ditubuhkan