Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
101) PUSAT DIALISIS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan untuk setiap pusat dialisis yang dirancang oleh kerajaan Selangor?
Setakat ini, melalui smart partnership dengan sebuah syarikat swasta, kerajaan Selangor hanya menyediakan premis yang bersesuaian dengan kadar sewaan yang minima sahaja. Kos kelengkapan dan tenaga pakar diuruskan oleh syarikat berkenaan.
-
Berapakah pesakit telah menikmati servis ini?
Setakat ini terdapat 53 orang yang telah menerima khidmat yang telah disediakan ini. Seramai 24 orang mendapat khidmat di Pusat Dialisis Rakyat (PDR) Ampang, 10 orang di PDR Taman Medan dan 19 di PDR Sementa.