Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

216) PUSAT DIALISIS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menubuhkan Pusat Dialisis di DUN Sungai Pelek atas keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menubuhkan Pusat Dialisis di DUN Sungai Pelek atau memperluaskan lagi perkhidmatan Pusat Dialisis Rakyat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 4 Mac 2015 bersetuju untuk mewujudkan Panel Dialisis Sihat Selangor.

    Panel Dialisis Sihat Selangor ini bertujuan untuk:

    • Membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dialisis secara berkala di seluruh pusat-pusat dialisis yang berada di Negeri Selangor;
    • Membantu pesakit miskin yang tiada menerima bantuan dari mana-mana agensi;
    • Membantu memberikan kemudahan Pusat Dialisis yang dekat dan

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kini terdapat 115 pusat dialisis yang beroperasi di seluruh Negeri Selangor. Dengan cara melantik pusat-pusat dialisis di setiap daerah akan memudahkan lagi orang awam terutama rakyat di Negeri Selangor menerima bantuan rawatan dialisis daripada Kerajaan Negeri seterusnya menampung keperluan perkhidmatan dialisis di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.