Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

401) PUSAT DATA GOOGLE

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat terkini mengenai pembangunan pusat data Google.

    Pihak Google baru sahaja mengadakan majlis pecah tanah pembinaan pusat data dan wilayah awan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada awal Oktober 2024. Pada masa ini pembangunan pusat data Google kini berada dalam fasa kerja-kerja pembinaan.

  2. Bagaimanakah ia akan memberi manfaat kepada penduduk Selangor?

    Antara manfaat yang bakal diperolehi melalui pembangunan ini adalah;-

    • Pembangunan ini secara langsung akan mewujudkan potensi peluang pekerjaan sebanyak 26,500 menjelang 2030.
    • Google komited untuk memelihara sumber semula jadi dengan bertanggungjawab melalui penambahbaikan kesihatan kawasan tadahan air komuniti dan ekosistem di kawasan sekitar serta mendorong penerimaan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.
    • Komitmen berterusan pihak Google untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui program seperti Gemilang dan “Future Skills for All” juga akan memastikan masa depan digital yang lebih inklusif untuk tenaga kerja Malaysia, khususnya Selangor.
    • Kewujudan pusat data ini akan menjadi pemangkin untuk menarik dan menggalakkan lebih banyak pelaburan ke kawasan persekitaran dan seterusnya membangunkan ekonomi setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.