Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
151) PUSAT BIOMAS BERSEPADU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan Pusat Biomas Bersepadu yang wujud di Selangor mengikut PBT?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, setakat ini hanya ada satu (1) Pusat Biomas Bersepadu di Negeri Selangor iaitu Pusat Biomass Bersepadu Bandar Bukit Ianya adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
-
Berapakah kos operasi keseluruhan pusat ini pada tahun 2014?
Kos operasi keseluruhan Pusat Biomass ini pada tahun 2014 adalah RM269,920.00 dengan pecahan seperti berikut :
Kos Operasi 2014 (RM)
Kos pekerja / kakitangan (Gaji dan lain-lain) (3 pegawai, 1 PTO, 1 Mandor, 10 PRA) RM 254,400.00 Utiliti (Elektrik & Air) RM6,320.00 Bahan asas (EM dan sebagainya) RM500.00 Mesin dan penyelenggaraan – Kompos
– Chipper
RM3,000.00 Lain-lain RM1,200.00 Jumlah
RM 269,920.00