Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

22) PUSAT BIMBINGAN DAN LATIHAN WANITA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan pusat bimbingan dan latihan wanita di setiap DUN bawah jagaan WBS?

    1. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menubuhkan pusat bimbangan dan latihan yang beroperasi di premis di setiap DUN. Walau bagaimanapun, program bimbingan dan latihan dilaksanakan melalui program-program di bawah Pusat Wanita Berdaya (PWB). Antara program yang telah dijalankan di PWB DUN merangkumi modul kemahiran dan kapasiti, antaranya ialah:

     

    1. Modul Kemahiran :
      1. Bengkel Pemprosesan Produk Makanan Hasilan Soya, Tauhu Keras, Taufufah Dan Tempe
      2. Bengkel Jahitan Kreatif – Recycle Denim Shopping Bag
      3. Kursus Chocolate Bouquet/Hamper
      4. Bengkel Penyediaan Losyen Aroma Terapi
      5. Bengkel Jahitan Kreatif – Recycle Banner Shopping Beg
      6. Bengkel Membuat Yam Dan Mango Towel Cake Roll
      7. Demo Penghasilan Kuih Apam Tradisi
      8. Bengkel Membuat Biskut Raya & Coklat Handmade2. Modul Kapasiti :
        1. Bengkel Eusahawan Asas Pemasaran Digital
        2. Kursus Transformasi Peniaga B40
        3. Empowering Her: Madame Web Priemier On International Women’s Day 2024
        4. Bengkel Kelas Online Jualan Tiktok
        5. Bengkel E-Marketing (Meneroka Rahsia Wanita Hebat)

    Bermula Februari 2024 sehingga Mei 2024, sebanyak 225 program telah dijalankan oleh 30 Penyelia PWB yang telah dilantik.

  2. Apakah strategi kerajaan untuk memperkasakan wanita Selangor secara bersasar dan bukan secara "one-off"?

    Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif pemerkasaan wanita yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah berpandukan matlamat dan pelan tindakan Dasar Wanita Selangor 2024-2026. Inisiatif-inisiatif tersebut dilaksanakan secara bersasar mengambil kira keperluan segmen wanita di Selangor. Antara inisiatif bersasar yang dilaksanakan ialah:

    1. Pusat Wanita Berdaya menyasarkan wanita di peringkat akar umbi dengan memberi latihan kemahiran dan kapasiti bagi menjana pendapatan seterusnya meningkatkan status sosio-ekonomi mereka.
    2. Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) memfokuskan pemerkasaan kepimpinan khusus bagi pemimpin wanita dalam sektor awam, korporat, politik dan komuniti melalui pengajian intensif selama 12 bulan. Sebagai rekod, AKW telah memasuki kohort ke-4 pelaksanaannya pada tahun ini.
    3. Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) memberi pendedahan kepada pemimpin wanita tentang aspek legislatif serta pembuatan dasar dan keputusan di peringkat Dewan Negeri.
    4. Program Usahanita Digital membantu usahawan wanita memajukan perniagaan mereka dari aspek digital dengan menggalakkan kreativiti, mengasah kemahiran teknikal dan merangsang pemikiran inovatif terutama dalam media digital.
    5. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Biasiswa WBS menyediakan peluang kepada para wanita yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di pelbagai peringkat seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk peningkatan kerjaya, membina kepakaran dan profesionalisme yang kemudian akan memberi sumbangan kepada negeri Selangor dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas tamat pengajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.