Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
115) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK (NURSERI)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah dan lokasi pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2007-2013 dan apakah sasaran untuk tambahan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) awam bagi 2013-2018.
Pusat asuhan kanak-kanak dikenali sebagai Taman Asuhan Kanak-Kanak atau TASKA. Jumlah dan lokasi TASKA diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut PBT bagi tahun 2007-2013 tidak diketahui dan tiada
Walau bagaimanapun, jumlah TASKA yang berdaftar di bawah JKM sehingga No 2013 ialah:
- TASKA institusi – 519
- TASKA tempat kerja – 8 buah
- TASKA di rumah – 161
- TASKA komuniti – 7 buah
Jabatan menetapkan sasaran Pendaftaran TASKA tahunan berdasarkan kepada KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat iaitu:
TAHUN KPI PENCAPAIAN 2012 250 261 TAHUN KPI PENCAPAIAN 2013 293 427 2014 350 – -
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bahawa sektor swasta mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) seperti diwajibkan dalam akta?
Semua TASKA wajib berdaftar di bawah Sek 4 Akta TAMAN ASUHAN KANAK- KANAK 1984
Antara langkah-langkah yang diambil bagi menggalakkan penubuhan TASKA ialah:
Inisiatif mempermudahkan Pendaftaran TASKA pada Dis 2012
Inisiatif TASKA 2013
- Geran Penubuhan TASKA
- Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak
- Si KEMBAR (Kerajaan Negeri Selangor)
Subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa yang layak menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan JKM
Program Kesedaran bagi meningkatkan pemahaman masyarakat dan pengusaha mengenai kepentingan menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan JKM. Antaranya ialah Program Hari Bertemu Pelanggan (7 kali pada tahun 2012) dan melalui sebaran maklumat di media elektronik dan media
-
Apakah langkah-langkah bagi memastikan kualiti pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) adalah terjaga dan apakah sistem sokongan yang wujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga keperluan golongan wanita yang berumah tangga dan bekerja?
Antara langkah-langkah memastikan kualiti TASKA terjaga ialah melalui:
Menjalankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Akta dan Peraturan yang berkaitan kepada mana-mana TASKA yang gagal berdaftar dan tidak mematuhi kehendak-kehendak jabatan. Tindakan penguatkuasaan yang boleh dijalankan ialah seperti memberi amaran sebanyak 3 kali, mengenakan Kompaun, meLAK (seal) premis yang tidak berdaftar atau membuat pendakwaan ke atas individu yang didapati gagal mendaftarkan TASKA.
Menjalankan pemantauan berkala dan dari masa ke semasa ke taska- taska yang berdaftar bagi memastikan pihak pengusaha mematuhi standard minimum yang ditetapkan JKM dan mengenal pasti TASKA- TASKA baru yang tumbuh di kawasan masing-masing.
Mewajibkan semua pengasuh (pekerja) menjalani latihan dan kursus dalam bidang asuhan dan pendidikan awal- kanak-kanak (PERMATA)
Bagi menjaga keperluan wanita berkerjaya, Kerajaan Negeri juga menggalakkan penubuhan TASKA tempat kerja di sektor awam dan juga swasta. Malah Kerajaan Negeri juga menyediakan Kursus atau latihan kepada pengasuh yang menjalankan TASKA di rumah.