Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
148) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan dan GLC negeri menyediakan pusat asuhan di setiap organisasi?
Berdasarkan semakan, sejumlah 32 buah pusat asuhan atau taska yang telah diwujudkan dan sedang beroperasi di Jabatan/Agensi Kerajaan dan GLC seperti berikut:
Bil. Nama Taska Organisasi 1. Taska Proton Proton 2. Taska Cahaya Mata Angkasa Angkasa 3. Taska Impian Cemerlang Universiti Teknologi MARA (UiTM) 4. Taska Mawar Bestari Kolej Matrikulasi Selangor 5. Taska Era Indahku Institusi Pendidikan Sekolah Menengah Vokasional 6. Taska Educare Permata UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 7. Taska Sayangku KMB Koperasi Kolej Mara Banting 8. Taska Plus Cerdik Didik Cemerlang PLUS 9. Taska Si Comel Cerdik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
10. Taska Permata Sirim Berhad SIRIM 11. Taska Majlis Peperiksaan Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Bil. Nama Taska Organisasi 12. Taska Gemilang Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor 13. Taska KOWAJA KOWAJA 14. Tunas Ilmu Ibnu Sina UiTM Kampus Selayang 15. Taska Inspen Institut Penilaian Negara 16. Taska Cahaya Mata (TCM) Universiti Antarabangsa UPM 17. Taska Tiga D Hati UNIKL-MIAT 18. Genius Kiddos Childcare Centre Hospital Sungai Buloh 19. Taska Pejabat SUK Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
20. Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak MBPJ Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 21. Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK
Majlis Perbandaran Klang (MPK) 22. Taska Permata Penyayang Klang
Majlis Perbandaran Klang (MPK) 23. Taska Permata Bunga Tanjung MPAJ Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 24. Taska Permata MPSJ USJ 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 25. Taska Permata Kuarters MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 26. Pusat Perkembangan KanakKanak 3C MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 27. Taska MPS Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 28. Taska Vonad Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 29. Taska Si Kancil Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 30. Taska Mutiara PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 31. Taska Puspanita Puspanita Negeri Selangor 32. Taska Permata PKPS Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor -
Adakah kerajaan negeri memberi peruntukan dan berapakah nilainya?
Ya, Kerajaan Negeri ada memberi peruntukan kepada taska. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya memberikan peruntukan kepada Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Peruntukan tersebut dibajetkan pada setiap tahun bermula tahun 2014 melalui permohonan peruntukan semasa penyediaan cadangan anggaran bajet dilaksanakan. Pada tahun 2014, sejumlah RM450,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja) peruntukan telah disediakan kepada Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan bayaran emolumen pengasuh taska dan kos operasi taska.
Dalam hal berkaitan, peruntukan bagi lain-lain taska adalah dibawah tanggungjawab setiap organisasi masing-masing berdasarkan kepada keperluan operasi bagi setiap taska terlibat. Hal ini kerana pengurusan operasi taska tersebut diletakkan secara langsung dibawah pentadbiran setiap organisasi terlibat.
-
Siapakah pihak yang melaksanakan operasi pusat asuhan ini?
Pada dasarnya, penubuhan pusat asuhan atau taska di organisasi merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan masing-masing dengan mengambil kira aspek sumber kewangan dan kebajikan warga kerja. Pengoperasian pusat asuhan dan taska ini dilaksanakan oleh anggota yang dilantik secara sepenuh masa oleh organisasi masingmasing atau melalui operator swasta yang mengikut spesifikasi ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).