Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
75) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembangunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Hulu Selangor, dan bilakah ia dijangka siap?
Penubuhan PAWE di Daerah Hulu Selangor dikendalikan oleh Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Hulu Selangor. Lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Balai Raya Kampung Kelapa, Kuala Kubu Bharu. Permohonan bagi penubuhan PAWE tersebut telah dipanjangkan ke peringkat Ibu Pejabat JKM dan dijangka akan beroperasi pada Mac 2025
-
Apakah jenis dana atau peruntukan yang akan diperolehi dan kapasitinya sekiranya dibuka?
Dana yang diberikan bagi tujuan penubuhan PAWE baharu ialah berjumlah RM100,000.00 bagi pengubahsuaian dan perolehan aset alih. Bantuan pengoperasian PAWE secara tahunan ialah berjumlah RM50,000.00 yang merangkumi pembiayaan tenaga kerja, pengurusan, keperluan program dan aktiviti, perkhidmatan yang dibeli serta sewaan premis.
Anggaran keluasan tanah lokasi PAWE Hulu Selangor adalah ialah 0.4 ekar. Kapasiti bahagian dalam bangunan adalah seramai 20 orang. Kapasiti bagi bahagian luar bangunan dianggarkan seramai 200 hingga 250 orang.