Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
190) PUSAT AKTIVITI BELIA DAERAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pusat-pusat untuk para belia melakukan aktiviti dan program mereka mengikut daerah?
Kerajaan Negeri telah menyediakan pusat-pusat untuk para belia melakukan aktiviti dan program mereka melalui kemudahan pusat beriadah terutama untuk menggalakkan para belia aktif bersukan bagi melahirkan belia yang sihat melalui penyediaan baikpulih kemudahan infrastruktur seperti gelanggang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw dan sebagainya. Kemudahan tersebut disediakan mengikut zon di mana setiap zon diperuntukkan sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan tersebut.
-
Nyatakan pihak yang bertanggungjawab menyelenggarakan setiap kemudahan yang disediakan ini?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menyelenggarakan setiap kemudahan yang disediakan berikutan peruntukan bagi projek membaikpulih infrastruktur dan kemudahan awam telah disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tujuan
-
Adakah sebarang caj dikenakan terhadap belia yang menggunakan infrastruktur yang disediakan?
Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang caj terhadap penggunaan infrastruktur yang telah disediakan berikutan kemudahan ini telah disediakan untuk kemudahan orang