Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
162) PUNGUTAN KADAR CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah cukai taksiran yang telah di kutip oleh setiap kerajaan tempatan dalam negeri bagi hartanah/bangunan apartment dan kondominium dan GLC dalam lima tahun yang lepas
Jumlah kutipan cukai taksiran yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan tidak direkodkan mengikutjenis-jenis harta. Sistem kutipan yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan hanya merekodkan jumlah kutipan mengikut jenis pegangan seperti kediaman, pemiagaan, industri dan tanah kosong. Oleh itu, jumlah cukai taksiran yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut jenis hartanah tidak dapat disediakan oleh Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan jumlah bayaran cukai taksiran yang diambil oleh setiap majlis tempatan dan jumlah yang telah dibayar dan jumlah yang tidak di bayar dalam lima tahun yang lepas. Sila nyatakan jumlah peratusan bayaran cukai taksiran yang dibil kepada GLC dan amaun yang telah di bayar dan belum dibayar oleh GLC dalam lima tahun yang lepas
i) Jumlah kutipan cukai taksiran semasa setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 5 tahun lepas adalah seperti berikut:
ii) Jumlah kutipan cukai taksiran ke atas Anak Syarikat Kerajaan Negeri bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 5 tahun lepas tidak dapat disediakan berikutan masalah sistem di Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak dapat menyediakan data seperti yang dikehendaki. Untuk makluman tuan, tiada anak syarikat kerajaan negeri yang memiliki bangunan/hartanah di kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam
-
Sila nyatakan bilangan kondominium/harta tanah bertingkat berbanding dengan jumlah hartanah di Selangor dan jumlah hasil pendapatan cukai taksiran dari kedua-dua jenis hakmilik tanah tersebut. Sila nyatakan berapa senarai penilaian harga yang dijalankan oleh semua majlis tempatan dalam negeri untuk kodominium (Akta Kerajaan tempatan 1976 menyatakan bahawa semua majlis tempatan mesti menyediakan senarai penilaian harga (valuation) untuk hakmilik tanah dengan garis panduan untuk penyesiaan senarai)
Jumlah hartanah di Seluruh Negeri Selangor tahun 2008 adalah seperti jadual di bawah. Walau bagaimanapun, jumlah apartmen dan kondominium tidak dapat disediakan berikutan sistem rekod kutipan di Pihak Serkuasa Tempatan hanya merekodkan jumlah kutipan mengikut kategori pegangan seperti kediaman, perniagaan, industri dan tanah kosong secara keseluruhan. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak dapat menyediakan jumlah cukai taksiran yang dikutip oleh Pihak berkuasa Tempatan mengikut jenis hartanah. Untuk makluman tuan, terdapat dua Pihak Serkuasa Tempatan yang tidak memiliki bangunan bertingkat (apartmen dan kondominium) di kawasan masing-masing iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Sernam.
Senarai penilaian harga yang dijalankan oleh semua majlis tempatan dalam
negeri untuk kondominium/bangunanbertingkat adalah seperti berikut:
Penyediaan senarai penilaian adalah berdasarkan peruntukan XV AktaKerajaan Tempatan 1976 (Kadar dan Nilaian) di mana nilai tahunan ditentukan dengan menganggarkan sewa kasar sebulan di darab dengan 12 bulan untuk mendapatkan Nilai Tahunan. Sewa kasar adalah sewa sebulan termasuk belanja pembaikan, insurans, penyelenggaraan dan segala kadar/cukai awam yang ditanggung oleh pemilik harta.
Anggaran yang diguna pakai oleh kebanyakan PST adalah menggunakan sewa bersih semata-mata.