Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

32) PUNGURUSAN JENAZAH COVID 19 BUKAN ISLAM

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kos pengurusan jenazah COVID-19 bagi bukan Islam?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Sumbangan Khairat Kematian COVID-19 di bawah Pakej Ransangan Selangor Prihatin di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi memberi sumbangan berupa kewangan sebanyak RM1,000.00 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan COVID-19 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Selangor juga telah menambah lagi peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tujuan tersebut.

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti dan mempertimbangkan pemberian bantuan khas bagi membiayai sebahagian kos pengurusan jenazah COVID-19 bagi bukan Islam. Pengumuman bagi perincian bantuan khas ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.