Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

136) PUNCA BANJIR DI DUN SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan drastik yang diambil untuk menangani masalah banjir yang berlaku dari FR5-Pekan Sungai Besar sehingga Pasir Panjang?

    Tindakan drastik yang diambil bagi menangani masalah banjir yang berlaku dari R5-Pekan Sungai Besar sehingga Pasir Panjang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah mengeluarkan kerja-kerja pembersihan parit yang sedang dijalankan di sepanjang 70km di kiri dan kanan parit merangkumi kerja-kerja pembersihan dan membuang segala halangan, semak samun dan sampah sarap yang berada di sepanjang parit tersebut. Peruntukan yang digunakan bagi kerja-kerja pembersihan tersebut adalah menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, permohonan peruntukan bagi tahun 2015-2016 sebanyak RM1.5 juta telah dikemukakan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan ianya telah berada di bawah pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor untuk pertimbangan.

     

  2. Apakah punca sekiranya berlaku banjir kilat di kawasan luar bandar ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan  berlakunya  banjir  yang  berlaku di Dun Sungai Panjang seperti :

    • Terdapat halangan lintasan yang dibina oleh penduduk dihadapan rumah penduduk yang terlalu kecil,
    • kejadian air pasang surut air laut di mana air di dalam tidak dapat dibuang disebabkan air laut pasang,
    • faktor geografi tanah penduduk yang terlalu
  3. Nyatakan status sistem perparitan di kawasan DUN Sungai Panjang?

    Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sedang menunggu pengesahan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tidak berlaku pertindihan konsesi ke atas kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak Road Care. Walaubagaimanapun, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor tiada halangan untuk mengambil alih ke atas kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang parit tersebut bergantung kepada peruntukan yang diterima.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.